Bakal Isteri Anda yg Jelita,
Banglo Bakal Suami,
Jalan-Jalan Cari Masalah,
99999999,
Suatu Tempat Belum Diterokai.
______________________________________________
Bakal Suamiku yg Kacak,
Rumah Banglo Yang Anda Beli,
Jalan-Jalan Tak Da Keja,
01478910,
Tuan,
PERINGATAN DAN ADUAN TERHADAP ANDA
Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku bakal isteri anda ingin memberi peringatan, atau dengan lebih dahsyat lagi WARNING sekaligus membuat aduan terhadap diri dan tanggungjawab tuan sebagai bakal suami yang seterusnya akan menjadi ketua keluarga dalam rumah tangga kita kelak. Oleh yang demikian, saya telah senaraikan bebarapa perkara demi kebaikan kita bersama.
1) Pendidikan agama amat mustahak sekali. Maka, tidak salah sekiranya saya meminta anda untuk meningkatkan pengetahuan anda tentang soal agama. Jangan memandang enteng akan perkara ini kerana tanggungjawab anda sebagai ketua keluarga adalah untuk mendidik saya dan anak-anak.
2) Seterusnya, mengenai wang. Saya pasti anda juga mengetahui akan betapa pentingnya wang dalam kehidupan. Oleh itu, saya meminta anda supaya kumpul lah duit yang banyak. Sekiranya perlu, anda buatlah kerja lebih masa atau kerja sambilan. Bahkan, anda juga boleh menabung. Tapi, jangan lupa untuk membeli tabung di kedai-kedai yang berhampiran. Saya juga ingin berpesan bahawa saya tidak suka Along. Jadi, anda jangan berani-berani untuk menjalinkan hubungan mesra dengan Along ya. Jika tidak, saya yang akan menjadi Along.Seperti yg tuan ketahui duit tuan adalah duit saya dan duit saya bukan duit tuan. Tuan haruslah mematuhinya.
3) Selain itu, saya meminta supaya selepas kita kahwin nanti, tolong belikan saya laptop yang baru. Saya tidak meminta lebih, anda belikan jenama "apple" yang berharga RM3000++ pun sudah memadai. Menyentuh soal "facebook" dan "blog", sudah pastinya tanpa internet, maka tidak adalah kedua-duanya. Oleh itu, faham-faham lah. Pasanglah internet sekali.Tidak lupa jugak barang elektrik seperti mesin basuh dan dapur walaupon saya tidak pandai masak.
4) Kejujuran itu penting. Maka, tolong beritahu saya sekiranya anda sudah mula bermain kayu tiga atau empat atau lima atau mungkin sebelas. Ini bertujuan supaya saya dapat melakukan tindakan selanjutnya.Ingatlah janji2 anda..Sesungguhnya tiada yg cantik slain bakal isterimu ini..
5) Bukan itu sahaja, saya juga ingin menyentuh tentang kasih sayang. Saya bukanlah seorang gadis materialistik yang inginkan hata benda. Itu cuma luahan hati saya sahaja kerana tidak dapat dinafikan , kasih sayang daripada suami merupakan elemen yang terpenting dalam sesebuah rumag tangga. Oleh itu, saya mengharapkan kebahagiaan kita bersama sampai ke akhir hayat.
Disini ingin saya nyatakan juga bahawa saya bukanlah seorang yang sempurna dari segi rupa paras dan perlakuan. Saya hanyalah manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan. Tahap pengetahuan agama saya dan hal-hal berkaitan dengan masak memasak juga tidak seberapa bagus. Oleh itu,saya berharap anda dapat menerima saya seadanya seperti saya menerima anda apa adanya walaupun anda tidak sekacak Kwon San Wooatau Hyu Bin atau Won Bin mahupun Rain.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian tuan untuk surat ini. Diharapakn pihak tuan dapat memahami maksud dan tujuan surat ini sekaligus melakukan perkara yang anda patut lakukan. Segala kerjasama dari pihak tuan amat saya hargai.
SEKIAN,TERIMA KASIH
bakal Queen Control anda
Hidayah Zabidi
p/s : i love u..:)